Monday, December 6, 2010

salam Maalhijrah;)




Assalammualikum;)



harini bermulalah 1 muharram 1432H;)

urmmm,x sangka pejam celik-pejam celik..sudah melangkah ke tahun yang baru..dan usia juga semakin meningkatkan...;)

tentu semua dah bace doa awal tahun kan? saya pon begitu;)
kalu gitu terlanjur disini aku nak coretkan maksud doa yang kita baca tadi:

maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan di atas keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekal,qadim lagi azali dan diatas kebaikan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam,pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi Maha Tinggi. wahai Tuhan Kami! Kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api Neraka. Dan semoga selawat Allah selalu dilimpahkan kepada junjungan Nabi muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabatnya"

amin Ya Robbal a'lamin

wallahu a'lam....

wasalam, illalliqa"

coretan hati:


saya hamba yang lemah dan berusaha untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik,insyaAllah;)

No comments:

Post a Comment