Sunday, September 30, 2012

Fatih Seferagic

ASSALAMUALAIKUM.selawat salam untuk kekasih ALLAH.

Alhamduliilah masih bernyawa.masih bernafas,masih deberi kekuatan.Alhamdulillahh syukur pada ALLAH.

"hidayah perlu dicari,hidayah bukan datang sendiri di depan mata."

suka ungkapan ni.macam kata-kata semangat:)
hmmm..dah dua minggu tak menjejakkan kaki ke gedung ilmu,rindu rasanya,rindu suara cikgu,rindu suara kawan-kawan.rindu segalanya...yang paling saya rindu adalah ILMU.alhamdulillah semakin sihat berkaat doa ibu bapa saya.guru dgn kawan2.terima kasih:) walaupun belum sepenuhnya kesihatan itu milik saya.tapi ini dah satu nikmat buat saya ALLAH bagi pinjam secebis kekuatan,saya perlu kuat:)  tak sampai sebulan nak SPM ,persiapan saya masih belum cukup, lahaulawalaquataillabillahil'aliyil'azim.ibu saya selalu pesan sebut lah banyak2 perkataan suci tu,kalau kita tak mampu nak lakukan sesuatu.insyaALLAH ALLAH tolong.yang penting usaha dulu,

Alhamdulillah,rawat jiwa terapinya Al-qurran.dalam seminggu ni,saya isi masa lapang dengan u -tube..Alhamdulillah sekarang ilmu ALLAH dekat mana2 pun kita boleh dapat semudah mengucap lailahaillallah.mudahnya islam:)

godek punya godek u tube,tiba-tiba tertarik dengan satu  tittle vidoe "Recitation and Lecture "Success through the Quran" by Fatih Saferagic,his only 17 y'old.was born in germany n move to state USA at the age of 4.then sekarang dia menetap dekat Houston masyaALLAH dia mengahafal quran dan  imam  tarawih dan bagi tazkirah.MasyaAllah muda-muda lagi dah diunegerahkan kelebihan yang macamni:)

subhanallah ALLAH anugerahkan dia suara yang merdu...syahdu sungguh dia baca surah yusuf dari ayat 1-19. tiba-tiba rasa hiba sangat,mengalir air mata.
rasa keikhlasan dia baca quran,walaupun dalam video ni suasana hingar bingar.masyaALLAH.dia tetap khusyuk..lepas tu dia ada kasi tazkirah sikit.
 "kejayaan melalui alquran." dia baca beberapa potongan surah almu'minun saya tertarik dengan maksud surah Al-mu'minun.. masyaALLAh  buka tafsir tengok maksud ayat awal-awal lagi ALLAH dah sebut yang bermaksud,:
"beruntunglah orang-orang yang beriman (1).iaitu orang-orang yang khusyuk didalam solatnya (2) dan menjauhkan  diri dari (perkataan atau perbuatan yang tidak berguna (sia-sia) (3)"

-surah al-mukminun(ayat1-3)

asas nak berjaya,paling utama kita perlu jaga hubungan dengan ALLAH dulu.itu paling ATAS dalam carta resepi kejayaan.jaga solat yang paling utama. wallahu'alam.



-carilah secebis kebaikan walaupun ia menyakitkan:)
saya juga manusia yang sentiasa khilaf.wallhu'alam.