Thursday, November 15, 2012

maaf...hanya DIA aku cinta

aku tutup buku,hati rasa perlu tulis sesuatu.
tengok jam.2.00 a.m.

Bismillahirahmanirrahim...

ALLAH bagi aku rasa,rasa itu rasa ini,rasa "sesuatu" itu juga DIA yang beri.
kadang aku rasa aku lemah...tapi aku salah.takkan ALLAH itu akan bebabankan hati hambaNya ini dengan sesuatu yang tidak dapat ku tanggung? husnuzhon pada ALLAH.

TUHAN,sungguh aku malu,aku malu bila aku menghadap mu aku terpalit dengan dosa,dan aku datang lagi dengan dosa,dan aku sentiasa melakukan dosa entah aku sedar entah tidak,dosa ku itu kadang-kadang tersembunyi dan itulah yang paling aku takuti...dosa nyata mudah bagi ku sedar tapi jika tersembunyi...astaghfirullah,maaf ya Rabbi hamba khilaf lagi.,

Mujahadah aku belum kuat,aku belum teguh.Ku pohon Kau beri secebis kekuatanMU untuk ku pinjam meneruskan hari-hari esok.Ya Rabbi,ku pohon pelihara hati remaja ku,perlihara iman aku..Aku sendiri tak bisa menebak..apakah besok aku bisa berjanji padaMU untuk tidak melakukan dosa??? sungguh  aku tak mampu berjanji ya ALLAH,tapi CUBA itu pasti. Aku harus berjalan dan berjalan..Aku harus mencari dan mencari...Aku pegang pada kataMU,
"aku dekat,KAU dekat"
"aku rindu KAU rindu"
"aku sedih KAU ada"
istiqamahkan aku ya ALLAH.

berfikir sejenak,
apalah sangat ujian yang aku terima berbanding Rasullullah?
apalah sangat ALLAH duga hati ini berbanding Rasullullah?
apalah sangat perit ini berbanding perit Rasulullah?
apalah sangat sakit ini,berbanding sakit Rasullulah?

orang kata kau itu,kau ini.
takpa...ALLAH datang kan kata-kata itu sebagai ujian.
tanda DIA masih sayang..tanda DIA masih peduli.
rasa sakit dengar kata nista mereka..tapi takpa..sekurang-kurangnya ALLAH bagi "rasa" itu
buat kekuatan.kadang tak sedar,dari ucapan nista itu,aku bangkit.
ya! aku harus BANGKIT.

sayaitan itu cemburu!
kadang rasa putus asa berjalan sendiri dalam mujahadah ini,
rasa keseorangan,
rasa itu-rasa ini...
cepat-cepat istighfar mainan syaitan rupanya.
bila difiikir.selagi aku bernafas aku ada DIA,

tersedar dari khilaf,astaghfirullah....
sayangnya DIA pada hamba yang kerdil ini.
DIA sebenarnya tak pernah tinggalkan daku keseorangan,terima kasih ALLAH ^,^
  Dia hantar padaku:
MAK dan ABAH the best supporter I've ever had.
sibling's.
kawan,sahabat,teman...complete DIA bagi.
DIA taklupa hantarkan orang baik-baik.orang yang menegur,orang yang mendorong,orang yang meneman dan orang yang membantu kepada ku rupanya.
DIA gerakkan hati supaya cari orang baik-baik..
adakah aku masih belum bersyukur?
sungguh sombongnya jika aku masih belum bersyukur pada DIA.
Alhamdulillah~


.Nak buat baik memang sakit,payah,pahit.,sebab syurga kan indah?"
"jalan mujahadah itu berliku haluannya,kerana pada jalan akhirnya kita akan jumpa penghujung yang INDAH"
*pandang langit sambil tersenyum mencari secebis kekuatan




      sangat bersemangat nak bangkit kembali bila baca balik nota dari adik junior ni.jazakillah ukhti Hadirah.
psttt....klik untuk pembesaran ye:)



motivasikan diri dengan IKHLAS.
ketuk-ketuk hati,IKHLAS kah aku dalam setiap tingkahlaku ku,dalam setiap derapankan kaki ku,di setiap detik nafasku?
jika masih belum,ku pinta dengan serendah hati padaMU wahai TUHAN yang aku cinta...kau jagalah hatiku ini agar sentiasa ikhlas....hidupakan setiap deruan nafasku LILLAHI TA'ALA.

Aku pohon pengertian,aku juga manusia biasa,aku juga pernah dibebani dosa,aku pegang pada satu kata
"tiada halangan jika kita mahu kembali kepada ALLAH,pintu taubat sentiasa terbuka seluasnya untuk hambaNya"
aku bukan manusia yang sempurna apatah lagi  mengatakan aku sempurna kerana hanya DIA maha sempurna.kupohon jika tak bisa membantu,jangan sesekali  menghina,jangan sesekali mencerca.jika tak mampu,bantulah dengan doa,..jika tak bisa juga,ku pohon diamkan lisanmu..Aku takut,kerana aku kamu berbicara yang bukan-bukan yang bisa mendatangkan dosa mulutmu dan hatimu.

mungkin aku bukan yang dulu.kerana aku adalah aku yang sekarang.
 katalah apa sahaja..."saya tak ambil hati,tapi saya peduli"

This is the path that I have chosen. i won't to turn back.  i love who i'm now.

I just looking for "Ridhallah"
ALLAH is my priority
Rasullullah is my rolemodel  a.k.a my hero's.

sincerely from heart,
 QAS
 selamat,pagi,selamat bertahajudd.
jazakalllah kathiran for reading:)
wallhu'alam.