Thursday, January 31, 2013

Perjalanan Cari Tuhan(1)


suatu ketika dulu,Aku temui Cinta

buku dirak itu di ambil,dia terkaku.Contengan jalanan? "perjalanan cari Tuhan".dia tertegun melihat buku itu. MPH yang sesak itu tidak dihiraunya.dia berjalan lagi mata nya tersapa,"untuk semua dosaku? dia tarik..aihh dah 2 buku dah.walaupun dia hantu buku.dia tak pernah pulak terasa nak baca buku islamik. a.k.a tarbiyah.yelah dia kan stok-stok kaki clubbing.smoker.bagai mahu digelak dek kawan2 bila nampak dia baca buku2 cani? ahh tidaktidak.yelah selama ni layan twilight.harrypotter,thelastsong.sume stok buku2 laghaa.komik2.novel melayu kalau boleh nak jiwang je..mana ada nak agama-agama ni ehh sorrylahh!
 tiba-tiba..."Versus?" dia tanpa rasa ragu terus membayar tiga buku terus.keluar dari MPH dia belek buku2 tadi.dalam hati dia "eh kenapa aku ambil buku2 stok2 ustazah?"
phewww.tersembur angin dari mulut mengenangkan hampir 100 ringgit melayang,entah dia baca tah tidak buku ini.tapi hati berkata "apa salahnya tukar selera kan?"

selepas mandi dia duduk di kerusi strawberi kegemarannya,short pants diapadankan dengan baby-T putih cukup selesa bagi dia pakaian rasmi kan.dia malas bercampur dengan teman serumah yang 4 orang tu yang stok baik-baik.entah apalah malang nasib dapat teman serumah stok2 ustazah...nak berborak jauh sekali,yelah perempuan jijik,kaki clubing smoker macam dia siapa nak kawan kan? tapi..kadang2 Hanan dan Sarah selalu tegur2 mesra dengan dia tapi entah.malas layan.k.bhaii.sejak duduk di rumah tu dia dengan dunia nya sendiri.dia tak sebati dengan aura2 positif dalam rumah tu

.dia belek buku tadi.hmmm.
-contengan jalanan
-versus

tengok tajuk dah seram.

dia selak Versus.

"everything is fated only interchanged by Allah's will,effort and du'a"

doa??
dia  telan air liur.huh sembahyang langsung tak pernah nak doaaa???sentap. dia berfikir. dia selak-selak tak puas hati.kejap depan kejap belakang. dan terhenti pada page......

"it will cost u hell to change as a manner of speaking (96)
tersedak air.dia tak puas hati dia baca lagi....

“You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.”

dia terpana.dia tutup.malas nak baca....tapi...entah dia teruskan,dan teruskan dan habis semua buku dia baca.


.............................................................................................................................................................

dia berjalan menuju ke busstop. terfikir ayat dalam buku Contengan Jalanan..

"kalau kompas tersalah arah,perlu berpatah balik walaupun payah (129)
aku bukan salah arah lagi dah, tapi seraba serbi salah.tapiii.berpatah balik.boleh ke?
 dia bisik dalam hati

"kalimah syahadah yg kita lafaz tiap2 hari tu pun de tanggungjawab kita ke atasnya (198)
tiap-tiap hari aku lafaza?brrr...setahun sekali belum tentu.
bisik hati dia lagi.

dia terfikir.
Tuhan?? dia sudah seakan lupa. mengapa dia perlu hidup di atas muka bumi ini.
dia terlupa tugas sebagai hamba...Dia terlupa tanggungjawab sebagai anak..ANAK?

entah apa yang dia bingung sangat.
sejak kebelakangan ni dia terasa lain macam.terasa sesuatu dan ingin mencari sesuatu,tapi..".apa yang aku nak cari?"
Salsabila bicara sendiri.arghhh serabut..serabut...
dia malas fikir.dia jadi menyesal baca buku2 yang tah hape2 bagi dia.dia jadi geram sebab sering terfikir ayat2 dalam buku tu..dia benci keadaan ni.dia resah,dia gelisah.

keluarga? eh kenapa aku fikir ni? ishhhhhhhhhhhhh...
dia capai SamsungS3 di pocket.
"geng, zouk jom,pukul 1" talian dimatikan...
dia berlari.pualng ke rumah.nak bersiap ke zouk kan? pesta malam jumaat.!
dia berjalan..pandang jam,baru pukul 4,tapi dah macam pukul 7 langit mendung.
dia masih berfikir,dan terus berfikir,walaupun hati menafikan,tapi akal mengiakan setiap kata hati..

APAKAH!???

dia bingung
resah
gelisah.
memikirkan perasaan baru ini.

"mudah kalau hati nak,susah kalau memang tak nak"(199)
contengan Jalanan.Hlovate.






PERISTIWA ITU

5.00 p.m Khamis.

setelah satu jam hujan  reda.dia berlari dari perteduhan,secepat mungkin berjalan menuju ke rumah....kaki nya terkaku di situ,dia terpaku melihat langit berhiaskan 7 warna ,ya warna pelangi.IBU.sepanjang menanti hujan reda,dia sering berfikir..adakah Tuhan masih memandang aku yang kotor? Dia bingung,Dia Takut,Dia bimbang.
tiba-tiba dia terduduk peluh mula memabasahi dahi.kaki bergetar laju.badanya mengigil.dia tidak pernah rasa begini.sakit,,sakit,,dadanya ibarat dirobek,tengkuk nya ibarat dicekik,dia terasa seram sejuk...ALLAH.terlepas kalimah suci yang sudah lama tidak menititi di bibir comel dia.ALLAH dia terasa sesuatu,ALLAH..hati rasa sayu..ALLAH sakitnya..sakit...ALLAH.dan dia terus rebah disitu,belum tahu apa ujian yang bakal diberi.

8.00 p.m
"Salsabila...Salsabila...bangun.bangun,ni Hanan kenal takk"??
'macamana Bella boleh terbaring depan taman tadi.nasibYatt yang jumpa Bella".
wajah risau nada sayu suara si "sahabat" menyapa telinga.(sahabat? tak kot aku dengan dia bagai langit dan bumi malulah nak kawan dgn ustazah ni)
dia bingung...kenapa tiba2 Hanan si ustazah pilihan ni kat sini ? (typical malaysian,kalau stok baik-baik semua deigelar ustazah,nak tanya ni,memang,ustazah je ke boleh jadi baik?) kenapa, semua pandang aku? apa dah jadi? kenapa tiba2 makhluk pengacau (teman serumah) ada dekat sini??
tiba-tiba dadanya terasa mencucuk,kakinya terasa kebas..Ya ALLAh sakit..sakit..dia menangis tanpa suara menahan sakit.mulutnya terkunci,dirinya ibarat patung yang tak benyawa hanya air mata mengalir..

dia kembali tersedar..kenapa dengan aku? kenapa aku begini?
Hanan di sebelah sedang mengalun ayat suci dipandangnya dengan pandagan kosong,.badannya terlampau lemah untuk bergerak,badannya,terlampau berat untuk bangun.badannya terlampau sakit untuk berdiri.apakah ini?
dia sendiri bingung,dia sendiri terkaku.dia teringat kalimah akhir..ya kalimah akhir ALLAH,sebelum dia rebah.tanpa dia pinta air mata suci mengalir syahdu..mengalir dalam ketenangan.dia jadi rindu pada kalimah itu.,mulutnya ingin menyebut tapi terkaku,terkunci.,cuma hati yang berkata.


Hanan memberhentikan bacaan nya bila melihat Salsabila merenung kosong ke arahnya.Hanan teringat kata Dr.Armand petang tadi yang datang ke rumah "jangan risau dia okay dia cuma menghidap anxiety disorder (gangguan kebimbangan)" dia sebenarnya dah lama dah hidap penyakit ni.
anxiety disorder, ?? Hanan bingung,tidak pernah dia dengar penyakit ni.
penyakit apa tu doktor? macam mana boleh jadi?"

"Peristiwa-peristiwa hidup yang menekankan boleh mencetuskan gangguan kebimbangan. Kebimbangan selalunya akan hilang selepas puncanya disingkirkan tetapi ada kalanya gejala-gejala itu akan berlanjutan untuk tempoh yang lama walaupun selepas keadaan yang menekankan telah berakhir.
Kebarangkalian anda mendapat gangguan kebimbangan adalah lebih besar sekiranya salah seorang daripada ibubapa atau adik beradik anda mempunyai keadaan tersebut. Oleh itu, pembentukan genetik anda dan pengalaman hidup anda akan menentukan sama ada anda akan menghidapi gangguan kebimbangan. Faktor alam sekitar juga memainkan peranan. Selalunya agak sukar untuk mengenalpasti punca sebenar gangguan kebimbangan. Pesakit selalunya lebih lemah terhadap satu kombinasi tekanan seperti pembawaan peribadi, perubahan dalam hidup dan keadaan-keadaan khas."
"Gejala Kebimbangan dari segi psikologi,Perasaan gugup/gementa,Fikiran yang merungsingkan,Keresahan,Peka kepada bunyi,Rasa tidak selesa,Daya tumpu yang lemah,Meragam/cepat marah.Dari segi Fizikal,Pening,Degupan jantung yang kuat,Sakit kepala,Gangguan usus,Sengal otot,Ketakcernaan,Kesusahan bernafas/terketar-ketar,Kencing secara kerap,Keadaan sejuk dan panas secara mendadak,Ketidakselesaan gaster,Najis cair,Kekebasan tangan dan kaki, ketidakselesaan dada., Gangguan tidur sepert Insomnia,Mimpi buruk"
''Gejala ini selalunya di salah takrif oleh orang-orang yang bimbang sebagai bukti adanya penyakit fizikal yang serius seperti penyakit jantung atau barah, yang seterusnya menyebabkan kebimbangan untuk bertambah lagi. Perbezaan di antara kebimbangan biasa dan gangguan kebimbangan adalah semasa berlakunya ketegangan yang besar sedangkan pada hakikatnya tiada bahaya pun, atau bilamana langkah berjaga-jaga yang keterlaluan diambil untuk mengelakkan sumber kebimbangan tersebut."

patutlah selama ini dia selalu mendengar jeritan Salsabila,tapi dia selalu sangka Salsabila sedang bergaduh dengan rakan di telefon.kesian Bella,dia tanggung sendiri saki ini..Ya ALLAH maafkan aku kerana tidak prihatin pada sahabat sendiri dan jika sakit itu membuatkan dia dekat kepadaMu aku sanggup berada di sisinya walau apa jua dugaannya ya ALLAH.,ucap Hanan dalam hati.dia TEKAD.

8.00 am.Jumaat
" Bella,nak makan? sarapan sikit ok? Hanan dah buatkan bubur untuk Bella,Bella makanlah,dari semalam Bella tak makan,macam mana Bella nak sihat?
Salsabila
diam...
diam...
dan terus terdiam...
kenapa dia kat sini? kenapa dia yang datang waktu aku begini kenapa?
Hanan....
sungguh dia tak sanggup melihat wajah polos Hanan.dia berpaling kekanan.malu mungkin.
"Bella makan ye..Hanan suap Bellah,Bella kena kuat macam mana nak cari duit kalau tak kuat"
lagak Hanan persis si ibu memjuk anak.
"aku tak lapar,Kau keluar la aku nak tidur.pandai2 lah aku makan nanti aku bukan budak kecik!"
lemah tapi tegas suara Salsabila.
Hanan bangun.melangkah keluar... Hanan masih berharap ALLAH bukak kan hati si gadis Cantik ini.


12.00 a.m Sabtu.

"Ibu Bella rindu ....Bella rindu" Salsabila Mimpi buruk lagi. Salsabila terjerit,bagai hilang akal,
Hanan yang masih ralit di depan laptop terus berlari ke bilik Salsabila.

"Bella!,Bella!.Bella"
Salsabila masih tidak sedar,Hanan cuba membca ayat2 Ruqyah yang di pelajarinya.Ustaz Hassan pesan kepadnya ubat penyakit jiwa itu adalah ayat suci,yakinlah dengan ayat2 ALLAH.inshaaALLAh.ALLAH tolong.jiwa tenteram.
al-fatihah,ayat-qursi.3 Qul.Hanan baca khusyuk,selepas dia berselawat dia hembus di mengusap tangan nya ke muka Salsabila. selain gunakan rawatan moden, terapi menggunakan al-quran salah satu cara mententeramkan jiwa.begitu hebat Al-quran.cuma kadang2 manusia je yang sombong dengan ALLAH.buat2 tak tahu.buat2 tak peduli.

Salsabila sedar,badannya berpeluh.dia pandang muka Hanan yang risau.
Hanan..Ya Tuhan kenapa gadis polos ini terlalu baik pada ku?
dengan segagah mungkin Salsabila,peluk erat Hanan yang berada di sisi katil.
Hanan terkedu,Salsabila terasa syahdu,tersa tenang di pelukan si sahabat.

"Hanan.maafkan Bella,Maafkan Bella sebab banyak sakitkan hati Hanan,banyak susahkan Hanan"
Subhanallah!.Maha Suci Kau Ya ALLAH,terima kasih kerana membuka hati gadis ini Ya ALLAH.
"Bella,tak pernah susahkan Hanan sikit pun tak". Hanan tersenyum penuh yakin.
"Bella,ALLAH sayang Bella,ALLAH rindu Bella,Bella jangan sesekali sia2kan pemberian yang besar ini Bella,tak semua orang bertuah disapa hatinya oleh ALLAH" ucap Hanan gembira.
akhirnya ALLAH memakbulkan doa seorang sahabat yang sentiasa mahu kebaikkan untuk gadis yang bernama SALSABILA.
air mata kegembiraan mengalir lebat,selebat hujan di malam yang dingin
Sang Khaliq menjadi saksi satu ikatan Ukhuwah yang baru terbina.

Salsabila geram dengan diri sendiri "menagapa AKU masih belum melangkah.sedangkan TUHAN sudah menyapa aku?"
dia terdiam dia masih ragu-ragu.hati taknak terbuka.jiwa taknak memaksa.biarlah,biarlah.
dan dia masih menunggu dan menunggu.

"Hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu"

"petunjuk itu datang dari pelbagai cara,"

bersambung...