Wednesday, January 23, 2013

Prolog:Perjalanan Cari Tuhan

prolog

aku berpusing, pandang kanan,pandang kiri..tersenyum sendiri..mendongak memandang langit.subhanllah,biru..sebiru hati yang menggebu dengan CINTA ILLAHI.

aku ibarat pengembara yang  mencari sebuah jalan yang lurus untuk dituju.
aku tak setabah KHADIJAH tak juga sehebat AISHAH,apatah lagi sekuat FATIMAH.
aku adalah aku, Nur Salsabila.,adakah akan dapat meneguk air sungai salsabila di jannah?..aku adalah insan yang masih bertatih mencari nur-NYA.apakah aku akan kekal di jalan ini sehingga ke AKHIR NYAWA?


dia memandang jam Bonia ditangan baru 1.00 pagi ?.huh patut lah meriah je pesta baru nak mula
 ZOUK club,Jln Ampang "club maksiat dia suka".
badan si gadis lincah menari,tarian yang tiada nama a.k.a tah hape2 mengikut alunan muzik yang membingitkan telinga,si lelaki juga tak kurang hebatnya.
otak masih berfungsi tapi akal kurang waras dek teguk si air kencing syaitan.botol2 beer tinggal separuh habis diteguk.muda mudi kalah dalam buaian nafsu.malaikat kiri kanan menangis mencatat.
"bella,u rasa, malam ni we all overnight hotel biasa can??" tanya si elly pada Salsabila yang masih mabuk.
''of course dear..macam tak biasa.HAHA'' salsabila jawab macam betul tak betul.maklumlah dah sebtol dia teguk.akal pun jadi tak waras.selalu dia shoot je..a.k.a minum seteguk gelas kecik je so tak mabuk.(minum seteguk pun kalau tak mabuk HARAM jugak! HARAM tetap HARAM)
pulang ke rumah? oh tidak mungkin...sebab dia sudah jadi anak terbuang! yelah lelaki BAIK macam daddy dia nak ke ngaku ada anak tak semenggah macam aku ni? "bisik hati Salsabilla.
sudah penat terkinja2 dia sudah tidak tahan PENAT.badan entah gagah entah tidak nak keluar.dia buat2 gagah.si elly gadis genit itu masih terkinja dia malas melayan.dunia kotor didalam dia berlari smbil badan tehuyung hayang.perutnya rasa senak dek terlalu banyak teguk air setan.tersembur segala isi perut.dan dia rebah di situ.

seri Hartamas.2.00 a.m
"Astaghfirullah! aku bermimpi lagi"istighfar panjang dia memhon pada Sang Khaliq.hati masih terasa sayu.ALLAHu. Salsabila,tahu bukan mudah nak membuang kisah gelap hidupnya membuang sisi gelap hidup dia,gambaran dosa2 silam sering kembali dalam mimpi..apakah ALLAH,mahu aku sentiasa bertaubat?? dia terus berlari ke bilik air.air dingin mencecah ke muka..memebrsihkan diri yang kotor menghadap DIA.memanjat doa dalam tangis sujud mengenang dosa yang lalu.mengenang akan azab nereka, apakah taubat itu milik aku?

alhamdulillah selesai sunat taubat.
ya dia dulu gadis tak semenggah.gadis yang punya segala,tapi masih kekurangan sesuatu (hidayah nur ILLAHI) satu ketika, dulu dia jugak bukan gadis stok baik-baik. Nak sembahyang bukan mudah bagi dia,apatah lagi amalan sunat? huh dulu semua itu ibarat azab bagi dia..dia pakai prinsip hidup jangan hipokrit je nak buat baik.tapi dia selalu lupa satu istilah istikhlas.
dia teringat kata-kata kak Laila dalam usrah tempoh hari.

kalau berpura-pura melakukan sesuatuu itu hipokrit,
tapi kalau berpura-pura dengan harapan untuk mendapat keredhaan ALLAH itu istikhlas.


sabda nabi "menangislah ketika membaca al-quran,jika kamu tidak bisa menagis,maka cubalah sedaya,jika tidak buat-buatlah menangis" dAri hadis ni ulama para ulama' mewujudkan istilah istikhlas. 

tapi ukhti,sedangkan ibadah itu perlu ikhlas kan? kalau tak sia2 kan? 
ape2 ibadah pun kita takkan ikhlas terus. Mesti bermula dgn suruhan atau paksaan. Kemudian Allah campakkan minat dan suka pada ibadah,. Kemudian timbul rasa nikmat dan kemanisan iman dalam ibadah. Baru la kita ikhlas dalam buat ibadah.kita bukan manusia yang maksum.

contohnya ukhti?:
okay contohnya..mula-mula kita nak mula kan amlan2 sunat susahkan? mula2 kita buat sebab terpaksa kan??kita push diri kita...supaya buat... tapi lama-lama bila kita ikhtiklas..ALLAH akan campakkan kan ikhlas dalam diri kita..macam nak buat solat sunat mula2 susahkan? ..setengah org kata,kalau tak ikhlas buat apa nak susah2 buat solat sunat.bukan wajib pun..habis kalau kita tak ishthiklas macam mana kita nak dapat ikhlas? nak tunggu nyawa hujung tanduk baru nak buat amalan sunat..hmm macam confident je esok lusa kita tak mati..haa paham? .maknanya isthiklas tu dtg dulu sebelum ikhlas:) walhua'lam

sekarang dia faham apa itu erti HIPOKRIT.dia lebih kejar cinta Sang Khaliq.biarlah dia nampak hipokrit di mata manusia biarlah.Biar Dia tahu segalanya.itu lebih manis.
dia perlu merangkak, berjalan,meniti dan terus mendaki,ya aku perlu,TEKAD Salsabila dalam hati,dia pohon pada ALLAH,dititpkan doa dalam hati "ya ALLAH berikanlah aku keyakinan yang mantap" amin,dia berdiri dan terus menyambung tahjudnya.
dia tak mahu masa silamnya membuatkan iman dia jatuh..tapi dia mahu menaikkan iman melalui kesilapan.
PEOPLE can CHANGE.

di teringat dalam Contengan Jalanan,tulisan Hlovate.
“Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.”

dia beristighfar memikirkan kekhilafan.ya..itulah mainan syaitan yang suka membuat fikirannya harubiru.
dia tekad! Biarlah ALLAH sahaja yang pandang,"aku tak berharap apa-apa dari manusia.
berharap pada manusia semestinya aku juga yang kecewa!." hati Salsabila disuntikkan kembali dengan  dos2 perangsang iman.


“Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa” 

bersambung...