Friday, March 15, 2013

maafkan saya

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,masih bernafas.
selawat salam untuk Rasul tercinta.

masa boleh mengubah segalanya.
 entah hati walang,macam terawang-awang.
toleh ke belakang.aku pandang semua macam kisah seram.
kadang tak sangka.ALLAHu.betulkah apa yang aku lalui? atau cuma sebahagian dari mimpi.berkali2 aku tepuk dahi,aku berada di realiti.
toleh ke belakang lagi,
tapi itu akan aku ingat setiap hari,setiap masa setiap saat.
"saat tangan ku terkaku.,aku rasa bagai belati menusuk di hati.
tak dapat aku gambarkan betapa sakitnya,
tak dapat ku gambarkan betapa peritnya.
aku berteman kan sang Khaliq,
aku betemankan pen dijari,saat itu aku tahu,
tiada siapa disisi melainkan ILLAHI.
aku pandang kertas macam,nak coret kisah hati tapi itu tak terjadi.
aku pandang keliling dewan.
aku pandang sahabat yang sedang "berperang"
aku hanya bisa memandang,tangan ku hanya terkaku minta di gerak.
aku bersusah payah,aku memaksa.
mencoret bait-bait jawapan,
dalam perit aku menolak diri aku supaya kuat,saat aku terasa ingin terpejam.
Dia hantarkan wajah-wajah kesayangan di benak fikiran
untuk penguat semangat.
aku dapat habiskan walaupun perit.walaupun aku sendiri tak tahu
apa yang aku coretkan di atas kertas-kertas putih.
walaupun ketika itu benak aku rasa teringin mencecah ke bumi.
tapi aku tak sampai hati.di saat loceng berbunyi.
aku terkaku sendiri.
apa dah jadi?
tapi aku tahu ketika itu,Tuhan saja yang tahu,
memang aku tidak termampu,tapi Tuhan tahu aku mampu untuk mengharunginya.
aku teringat pesan Bonda "Kita dah cuba tapi ALLAH tak izinkan,berlapang dada dengan ujian ALLAH sebutlah "Lahaulawalaquwataillahbillahialiyil'azim"
itulah kalimah keramat yang aku gengam buat penguat diri.
aku sangaka aku kuat,
aku melangkah keluar aku berjanji takkan tertitis lagi air mata ini.
demi mereka yang tersayang aku tak mahu menagis lagi,aku tak mahu sakit lagi,aku tak mahu menyusahkan hati mereka algi.
tapi...
air mata aku tak tertahan lagi,air mata aku tak dapat di tampung lagi.
Aku keluar,sambil menangis hiba.sebab aku tak mampu buat yang terbaik untuk mereka.
maaf kan saya.
"setiap hari aku cuba bangkit kembali,disaat jari-jari ku sejuk beku,terkaku.sungguh aku tahan terbayang di minda wajah mereka yang sedang berharap untuk melihat aku berjaya,untuk melihat aku kembali tersenyum.aku cuba,aku cuba dan cuba.
aku tahu Dia takkan pernah mahu tinggalkan aku sendiri.
Dia saja buat aku begitu supaya aku sentiasa menyapa DIA didalam setiap doaku.
saat tangan aku terhenti .aku terkaku.tangan aku tidak terdaya lagi.otak aku hampir bercelaru,aku terasa mahu meraung .mahu melepaskan segala beban disitu,aku terasa tak mampu,aku terasa bagai mahu rebah.akhirnya disi meja kerusi aku rebah bagai manusia yang tiada misi.
dan semuanya gelap di situ.
"hari itu,maafkan aku Tuhan,sebab aku tidak cuba untuk kuat,untuk bangkit.maafkan aku pada saat itu aku lemah.maafkan aku pada saat itu bagai aku putus asa.maafkan aku.
......................
disaat ibubapa jauh disisi.
sebelum mereka menjengah kesini
sementara mereka berlari untuk segera disisi anaknya ini.

mereka berharap anaknya di temani sahabat-sahabat sejati.

''aku bangkit dari mimpi yang panjang,aku pandang keliling,wajah mereka penat,wajah mereka lesu.
mereka risau kan aku.mereka dah bersusha kerana aku.mereka buat semua untuk aku kembali tersenyum walaupun mereka sedang penat.mereka tak biarkan aku sendiri.mereka duduk disisi aku sehingga aku rasa kuat untuk berdiri.
mereka tak kisah asalkan mereka nampak aku tersenyum kembali
kini aku berani berkata pada mereka
"mom,dad.they are true friends,"
kalian akan aku doakan sehingga akhir hayat ku.
ibarat nightmare setiap hari.aku lalui macam takda hati.
aku selimutkan diri,untuk terasing dari dunia realiti.tapi itu tak terjadi.bahkan aku tercari-cari sendiri.
rupanya Illahi sedang mengaturkan startegi semanis mimpi.


ya.macam baru tersedar dari mimpi,menginjak usia meniti mimpi.
cikgu selalu pesan ini bukan penentu segalanya,cuma itu batu loncatan.rezeki,ada di mana-mana.cuma kita perlu yakin dengan ALLAH.sabar,tawakal. itu yang dipegang sampai sekarang.
memang tak mudah untuk saya lalui perkara itu,tak mudah untuk saya bangkit setelah jatuh,tak mudah untuk saya ubah segalanya.
kadang-kadang selalu rasa nak putus asa,terasa semua gelap gelita.
tapi.bila terfikir ibu bapa.saya bangkit kembali kerana mereka semangat saya.
tak dapat bayangkan tanpa mereka siapa saya.aku pilih jalan ILLAHI.maafkan kalau ada yang terguris hati.

bukan mudah untuk aku pulih kan kembali semangat.bukan mudah aku nak mengharungi orang-orang sekeliling.bukan mudah untuk aku untuk tersenyum kembali,bukan mudah untuk aku terima semua ini
tapi aku harus bangkit kembali kerana ILLAHI sudah merindui.
peluang bukannya selalu,
kadang-kadang aku perlu toleh kebelakang sekali lagi untuk mengigatkan diri,yang mungkin hanyut dalam lautan duniawi.
walaupun perit aku harus memandang kebelakang untuk mencermin diri.
terima kasih KAU menyapa diri ini.
menghantar Ujian menjadi penguat diri.
aku takkan bangkit dari mimpi kalau Kau tak gerakkan hati.
terima kasih ya ILLAHI.
maafkan aku insan yang aku kasihi.
mungkina aku akan kecewkankan kalaian sekali lagi.
maafkan aku.









4 comments:

  1. kuat qur :') redha erh ape yg keluar nnt.bukan salah awak pun.awak tak mintak pun benda ni nak jadi.setiap yg berlaku pasti ada hikmah.masih jauh lagi perjalanan kita kan?gunakan sebaik mungkin k?syg awak :)

    ReplyDelete
  2. yaa , kuatkan semangat awak Qur .. teguhkan lah hati .. Allah sentiasa bersamamu .. semoga awak sentiasa berada dalam lembayung redha Allah .. :)

    ReplyDelete
  3. baca post ni.. bertakung airmata.
    seolah turut merasa..tapi tak sama.
    Qur, kuat.. :)
    walaupun jarak memisah jasad,tapi tautan hati kita semua,sentiasa erat.
    InsyaAllah.
    sayang Qur kerana Allah.

    ReplyDelete
  4. Ana tau enti kuat, walaupun tak sekuat Maryam..
    Ana tau enti tabah, walaupun tak setabah Siti Hajar..

    Teruskan bermujahadah :-)

    Ar Rahman dan Ar Rahim pasti Mengasihi dan Menyayangimu seperti Ibu mengasihi anak kecilnya..
    Al-Mu'id pasti Merawatmu, merawat hatimu daripada hubbu dunia..
    Al-Muqit pasti Menjagamu, menjaga jasadmu dari melakukan maksiat..
    Al-Hadi pasti Memimpinmu, memimpinmu ke jalan yang diredhaiNya..

    Qurratu' Aini enti Kuat :-)
    Allah pasti disisimu, menemani dan membantu enti menempuh setiap dugaan yang mendatang :-)

    ReplyDelete