Monday, April 8, 2013

Perjalanan Cari Tuhan (Ending)



"aku manusia yang takpernah nak rasa bersyukur,aku tak pernah nak rasa cinta Tuhan,tak pernah nak rasa betapa Tuhan itu masih memandang aku,aku  buat2 tak nampak nikmat Tuhan berikan.
aku selalu sangka aku ini kotor tapi..aku tak sedar,sekotor mana pun aku Tuhan tetap akan pandang jika aku ikhlas di jalanNya,
aku lupa aku ini manusia setiap detik hidup itu ujian.sedangkan dosa itu ujian buat aku.entah hati masih buta atau saja membutakan."



KeranaMu aku bangkit

Hanan dan yang awal pagi lagi dah kelaur pergi kuliah,sunyi mengisi ruang.

sudah seminggu peristiwa itu berlalu,dia masih ragu,dia masih goyah,dia masih tertanya:

"Tuhan Masihkah kau pandang aku?
masihkah aku punyai ruang?
masihkah aku bisa bernafas diruang yang baru?"

dia tertunduk kaku....air mata mengalir.
 Tuhan tak ambil nyawa aku dalam keadaan aku buat maksiat,dia sedarkan aku sebelum aku melangkah lebih jauh..
adakah aku masih taknak bersyukur??

dia tiba2 berpeluh,perutnya sakit.penyakit itu datang lagi..tapi cepat dia teringat pesan Hanan jangan terlalu bergantung pada ubat yang doktor bagi,takut ketagih,,dia baca ayat qursi,al fatihah,3qul.dia tarik nafas perlahan,dan reda...
dia sendiri pelik air syaitan diteguk bnyak kali,dah jadi darah daging,tapi ayat2 suci itu masih diingat walaupun pada mulanya sukar untuk dia baca..tapi Hanan tak putus asa mengajarnya sehingga dia lancar membaca ayat2 itu.

teringat pada buku Contengan Jalanan Hlovate yg membuka minda dia,yang membuka sedikit ruang hati dia

"kalau org kata nak buang tatu di kulit tu sakit,nak buang tatu dosa di hati lagi perit (139)"

dia pandang cermin,air mata di kesat...
Aku harus bangkit,teringat kata Hanan "Sebab ALLAH sayang ALLAh bagi ujian sebab ALLAh kasih hati diuji,kadang2 kita rasa tak mampu.Tapi kita cuba jadi hamba yang sentiasa lapang dada dengan ujian ALLAH..subhanallah percayalah,ujian yang kita hadapi menjadi suatu perkara yang menyeronokkan.yang penting.Yakin pada DIA."

walaupun hubungan dia dengan teman serumah dah baik tapi hubungan dia dengan ALLAH masih belum lancar.masih belum lurus.dan yang paling teruk dia belum melangkah...
Astaghfirullah..ayat suci terdetik di hati..sungguh tenang apabila mengucapkan kalimah TAUBAT itu.

lama merenung diri sendiri.
"macam penyangak pun ada"
''macam orang mati laki pun ada"

astaghfirullah,Tuhan maafkan aku kerana mensia-siakan tubuh yang kau beri ini ya ALLAH.
rambut kusut muka pucat,baby-T dengan seluar cotton aladin.
"kalah lady gagah" bisik hati Salsabila.lucu.

apa aku harus buat?
langkah apa yang aku harus mula?

dia pandang almari "ha telekung!"
cepat2 dia bongkar almari mencari telekung..bertungkus lumus.
akhirnyaaa...dia terkaku,dia tersedu,dia pandang kain putih itu..Ya ALLAH...Ya ALLAH,Ya ALLAH.
hati sebak.fikiran senak.mata basah.
dia tarik telekung rapat ke dada.mencari secebis kekuatan.dia genggam erat!
"aku harus mulakan dengan ini,telukung di tangan di pandang"

dia berlari ke bilik air.membersihkan diri.mebersihkan hati.
"Dia sedang sapa hati aku?" bisik salsabila..telekung di pandang...dia masih ingat cara bersolat.dia masih ingat cara berwuduk.dia tahu.dia tahu.cuma dia saja2 buat2 tak tahu nak solat..dia sebak mengenang.aku belajar ilmu agama ..tapi satu pun tak pernah aku nak praktikkan..aku tahu tapi aku buat2 tak tahu.aku saja tak ambil tahu...Ya ALLAH maafkan aku.maafkan aku kerana sombong.maafkan aku kerana mensia-siakan ilmu didada.

dia tekad...

ALLAHUAKBAR,
takbir di angkat,sunat taubat dibuat..

Iftittah-air matanya mengalir....solatku,hidupku,dan mati ku kerana mu ya ALLAH.

Al-fatihah-air mata makin laju.makin deras "tunjukkan aku jalan yang kau lurus"
jalan orang2 yang Kau beri ni'mat" "bukan jalan orang yg dimurkai dan bukan pula jalan orang yang sesat"

al-kafirun:hati dia terasa gerun bibir menggigil...menahan tangis dia baca sampai akhir "bagiku agama ku''

dia sujud..
"air mata masih mengalir..tenang,terasa kerdil,terasa Dia sedang memandang.

dia khusyuk,dia sedang berbicara dengan TUHAN.
sampai pada salam.
hatinya puas,hatinya tenang,hatinya gembira.dia istighfar.penghulu istighfar meniti di bibirnya. sayu...air mata mengalir lagi.mengalir lagi.dan mengalir...
dia khusyuk pohon pada sang Khaliq...dosanya ibarat debu2 tak terhitung banyaknya..Tuhan ampunkan aku..ampunkan aku...pimpin aku ya ALLAH.berilah aku hidayahMu agar dikuatkan iman ku yang lemah ini..

hatinya terpandang al-quran terjemahan pemberian Hanan.dia pandang,dia pernah baca tapi.itu dulu masa zaman2 sekolah..tapi dia tak pernah langsung nak faham makna.
entah lidah masih okay ke tak nak baca ayat suci..masihkah lancar lidah ku ini Ya ALLAh untuk mebaca ayat cinta Mu? masih lembutkah lidah ini setelah air syaitan aku teguk?

dia selak,hanya selak2.dia seronok tengok ayat suci itu,tapi lidahnya sukar mengerakkan kalimah2 cinta.dia terkaku,....

“Maka bertaubatlah kepada Tuhan Yang menjadikan kamu, dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu, pada sisi Tuhan Yang menjadikan kamu, maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang .” (QS. Al Baqarah: 54)

Dia sedang berbicara dengan aku...

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al Baqarah: 222).

dia selak...dan selak lagi...dia mahu ALLAH berbicara lagi,dia mahu mendapat semangat.

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl: 119)

air mata mengalir syahdu..tanpa disedari....hatinya seronok,dia semangat!

“Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? .” (QS. At-Taubah: 104)

Ya ALLAH ampunkan aku..ampun kan aku..ampun kan aku..dia bersungguh.air mata menitis di tafsir.
ALLAHHUAKBAR! kenapa aku sombong sangat? hati makin sayu....

dia tekad hatinya bulat! inilah jalan yang aku PILIH!
talking is nothing,doing is something.

ya langkah itu perlu,tanpa langkah aku akan kekal begitu.!



No comments:

Post a Comment